Ahad, 11 Oktober 2009

Hadis Kelebihan Bilal Masjid (Muazzin)

BILAL / TUKANG AZAN

والمأذّن يغفر له يمدّ صوته ويصدّقه من سمعه من رطب وياءس وله مثل أجر من صلّى معه.


Maksudnya :-
Orang yang melaungkan azan, diampunkan untuknya ke tahap suaranya sampai. Setiap benda basah dan kering yang mendengarnya akan membenarkannya. Dia mendapat pahala orang yang solat bersamanya. ( Shahih Al Nasai )


MENYEBUT SEPERTI YANG DISEBUTKAN BILAL /TUKANG AZAN

قل كم يقولون فاذا انتهيت فسل تعطه.


Maksunya :-
Sebutlah seperti yang disebutkan oleh tukang azan. Sekiranya telah selesai mintalah kepada Allah pasti akan diberi. ( HR Abu Daud, Hasan Shahih)


من قال حين يسمع النّداء " اللهمّ ربه هذه الدعوة التامة والصلاة القاءيمة آ ت محمّدا الوصيلة والفضيلة وابعثه مقامامحمودا الذي وعدّته " ّحلّت له شفاعتي يوم القيامة.


Maksudnya :-
Sesiapa berkata selepas mendengar azan, Allahumma rabbahazihid da’watit taammati was solaatil qaaimah, aati muhammadanil wasiilata wal fadhiilah, wab’athhu maqaamam mahmuudanil lazi wa’attah, ( Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan kehormatan, dan letakkanlah baginda di tempat yang terpuji yang telah Engkau jajikan ) pasti syafaatku merangkuminya pada hari kiamat. (HR al Bukhari no.579)

1 ulasan: